Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Pada program itu, sebanyak 100 ekor kucing menjalani proses kembiri dan lebih 300 ekor kucing menjalani pemeriksaan kesihatan serta diberi suntikan ubat cacing.

Datuk Rozman bersetuju untuk memperuntukkan RM50,000 untuk mewujudkan rumah perlindungan kucing yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Labuan Society.