Sebuah kapal pukat tunda telah ditahan pihak Polis Marin Labuan, kerana melanggar syarat lesen perikanan, menerusi Op Gelora, di kawasan laut Jahat Shoal, Labuan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, A-C-P Mohamad Pajeri Ali berkata, kapal itu telah ditahan ketika sedang menangkap ikan, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Kapal pukat tunda itu yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, ditahan sepasukan anggota polis marin yang menjalankan tugas rondaan, dikawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan, kapal nelayan itu didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985; kerana menggunakan keroncong mata pukat tunda berukuran kurang 38-milimeter, selain melakukan aktiviti menangkap ikan dikawasan laut kurang daripada 6-batu nautika dari pantai.

Bagaimanapun, juragan kapal warga Indonesia 51-tahun, bersama 6-anak kapal, kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kapal nelayan bersama anak kapal dan muatan 100-kilogram ikan, telah dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Labuan.

Kes dirujuk ke Jabatan Perikanan Labuan, untuk tindakan lanjut.