Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahwa waktu urusan di kaunter jabatan berkenaan di seluruh negara, bermula HARI INI sehingga 31 Mac nanti, akan beroperasi dari jam 9.00-pagi sehingga 1.00-tengah hari sahaja. Manakala, JPJ Labuan turut menutup sepenuhnya operasi kaunter pada hari sabtu. Selain itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial JPJ Labuan, maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan turut menasihatkan sekiranya pelanggan tidak sihat, atau mengalami simptom batuk, demam, selsema dan sesak nafas serta mempunyai sejarah melancong ke luar negara, terutama negara yang dijangkiti COVID-19, diminta untuk menangguhkan sebarang urusan dengan JPJ. Namun demikian, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian ‘ID mySIKAP Orang Awam’.