Jabatan Veteriner Labuan dengan kerjasama Labuan Society bakal mengadakan Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan sempena Labuan Hot Air Ballon Festival (L-A-B-S) pada 5 dan 7 Julai ini.

Menurut Pengerusi Labuan Society, En. Wan Abd Rahim Wan Abd Rahman, pihaknya bersetuju untuk bekerjasama dengan Jabatan Veteriner Labuan dalam program tersebut berikutan masalah haiwan terbiar yang mengundang pelbagai masalah di wilayah ini.

Selain memupuk kesedaran tentang kebajikan haiwan, kempen tersebut juga bertujuan untuk melahirkan pemilik haiwan yang bertanggungjawab dan mengurangkan populasi haiwan liar.

Beliau berkata demikian, dalam Slot Ekslusif Bersama di LabuanFM.

Antara pengisian kempen tersebut adalah Pertandingan Kucing Comel kategori Kucing Kacukan dan Domestik serta Program Kembiri Kucing Jantan.

Turut diadakan taklimat penjagaan kucing dan perkhidmatan pemberian ubat cacing.