31-remaja berumur 10 hingga 17 tahun ditahan ketika menjalankan aktiviti berbahaya menunggang ‘basikal lajak’ di Jalan Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, Labuan, KELMARIN.

Ketua Polis Labuan, Supritenden Muhamad Farid Ahmad berkata, melalui risikan selama seminggu berserta aduan orang awam, pihaknya mengesan aktiviti berbasikal lajak di kawasan tersebut yang mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya.

31 keping saman dikeluarkan melalui operasi yang dijalankan kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, yang berjaya menahan semua remaja terbabit dan dibawa ke Balai Polis Labuan.

Remaja-remaja tersebut dibebaskan dan diserahkan kepada ibubapa masing-masing, bagaimanapun semua basikal lajak disita dan kes disiasat dibawah Peraturan 42 (1)(a) LN166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana ubah suai basikal, tiada brek dan loceng.