Bekalan penutup mulut dan hidung tidak dapat menampung permintaan, khususnya daripada masyarakat setempat di Labuan. Dari tinjauan pemberita RTM, premis farmasi di sekitar pulau bebas cukai ini tidak mempunyai bekalan yang diperlukan itu.       

Ahli farmasi yang ditemui, Chan Chiew Ting berkata, pihak farmasi sudah cuba untuk mendapatkan bekalan produk tersebut serta cecair pembasmi kuman, namun pembekal barangan tersebut tidak dapat menampung bekalan yang diminta, berikutan permintaan yang tinggi di seluruh negara.

Menurutnya, masih ada pembekal yang dapat membekalkan barang tersebut, namun mengambil masa untuk sampai ke pulau bebas cukai ini dan hanya dalam kuantiti yang sikit.