Sempena World Oceans Day 2019, Jabatan Muzium Labuan menganjurkan program bersempena sambutan itu bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Kampung sungai Labu.

Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MoTAC) Labuan, Jabatan Alam Sekitar, Tourism Malaysia, Perbadanan Labuan serta Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd selaku penaja utama program itu.

Pengarah MoTAC Labuan, Muhammad Firdaus Zakaria berkata, penganjurannya merupakan usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat umum dalam penjagaan alam sekitar.

Antara lain penganjuran program yang diadakan seawal 7.00 pagi itu adalah untuk mempromosikan Pantai COBSEA selaku penerima anugerah Pantai Bersih UNESCO dan menjadi mercu tanda Labuan yang boleh dibanggakan di persada dunia.

Sebanyak kira-kira 341 kg bahan terbuang berjaya dikumpul dan direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar di 6-pusat pemeriksaan sepanjang pantai COBSEA tersebut.

Turut diadakan pada program tersebut sesi ceramah, pertandingan mewarna dan pameran berkaitan alam sekitar.