Pasangan adik-beradik muncul Johan bagi kategori masing-masing yang dipertandingkan dalam Borneo Health Run pagi tadi.

Larian yang dilepaskan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari itu menyaksikan Rayner dan Melsheira Junid, memenangi kategori 21km Lelaki dan Wanita, sementara Carlsen Christopher muncul johan bagi kategori 10km terbuka.

Bertemakan Sihat Milikku, program anjuran Jabatan Kesihatan 3 negeri iaitu Labuan, Sabah dan Sarawak itu dianjurkan dalam menggalak komuniti bersukan disamping mengamalkan gaya hidup sihat.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.