Pengurangan 50 peratus Saman Trafik ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah, berkuatkuasa 15 hingga 30 September ini.

Pegawai Bahagian Siasatan Dan PenguatkuasaanTrafik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan, Inspektor Kalista Desmon berkata, pengurangan itu termasuk saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pembayaran boleh dilakukan di semua Kaunter Saman Trafik, di setiap IPD Sabah dan Labuan.

Beliau berkata demikian dalam segmen Ekslusif Bersama, di Labuan FM.

Bagaimanapun menurut Inspektor Kalista, saman berstatus Bicara Mahkamah, OP Selamat, kemalangan dan saman berstatus waran tangkap bagi tahun semasa, antara yang dikecualikan.

Pengurangan berkenaan secara langsung dapat meringankan beban individu yang terkesan, berikutan penularan pandemik COVID-19.