Dalam perkembangan berkaitan, sambutan Hari Malaysia disambut meriah di Kampung Tanjung Aru Nelayan petang semalam, melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat yang memakai busana etnik masing-masing.

Antaranya Baju Kum bam ban bagi etnik Kadayan, Baju Unduk Ngadau, Jong-sarat dan pelbagai lagi.

Dalam satu kenyataan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan memaklumkan, pelaksanaan program itu melambangkan penerimaan kepelbagaian etnik dan latarbelakang, yang mencerminkan perpaduan rakyat di Malaysia, khususnya di Labuan.

Turut hadir pada program berkenaan, Pengarah JPNIN Labuan, Pn. Esther Dingkawan; Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Labuan, Cik Nor Hidayah Mohd. Nor; Ketua Balai Polis Lubuk Temiang, Sebo-roto Namling; dan Ketua Kampung Tanjung Aru, En. Harun Damit.