Kebebasan bersuara bukan platform untuk mencetus isu atau provokasi yang menyentuh sensitiviti.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Nurzaliza Kartika Abdullah berkata, demi menjaga keharmonian negara, setiap individu perlu mempunyai kesedaran dan peka dalam menggunakan hak itu, agar lebih bertanggungjawab khususnya dalam arus globalisasi digital.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam segmen Eksklusif Bersama, di Labuan FM.

Tambahnya, selaras Jubli Emas Rukun Negara dan sambutan Hari Malaysia, setiap individu perlu memperkukuh penghayatan ke atas dasar dekri diraja itu demi mencapai penyatuan nasional.