Rasa yakin dan selamat berada di negara sendiri, suatu jaminan yang dirasai generasi negara kini.

Ia disuarakan rakyat sekali gus bersyukur dan tidak pernah lupa menghayati sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, yang membawa makna yang lebih besar kepada negara.

Malah, kehormanian rakyat berbilang kaum dan budaya serta hidup bersatu-padu, menjadikan negara ini sebuah negara yang unik serta tinggal dengan aman damai dan makmur.

Keamanan dan pembangunan negara yang dikecapi hari ini, ternyata hasil pengorbanan, sumbangan dan jasa generasi terdahulu.

Mereka bukan sekadar berjuang mengekalkan kedaulatan negara, malah mengangkat martabat dan maruah bangsa.

Penduduk Labuan bersyukur dengan nikmat pembangunan ekonomi, selain rasa selamat berada di negara tercinta ini.

Ia dizahirkan oleh warga Labuan, antaranya Pn. Norhayati Mustapha, Datuk Dhalip Singh, dan Dato Sri Goh Sin Han, kepada pemberita RTM.

Dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, ia mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum, dan menyerlah kebertanggungjawaban kepimpinan negara dalam menjaga kebajikan rakyat.