Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 87, kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan ATM, yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota ATM, khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19, sejak awal tahun ini.

Dalam titah Seri Paduka melalui hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda Tuanku amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM, dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang dicintai bersama.

Di samping itu, semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa