Sementara itu, menurut Pn. Nurzalizah, MKN melihat aspek secara menyeluruh bagi memastikan keamanan dan keselamatan terjamin, serta kedaulatan negara terus dipelihara.

Katanya, awal penubuhan MKN juga merupakan rentetan kejadian 13 Mei 1969 yang telah membawa pengisytiharan darurat, seterusnya di bawah perlembagaan diberikan kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Menurutnya, ianya ditubuhkan untuk membantu Perdana Menteri, yang juga Pengarah Gerakan Negara, untuk mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara, serta memelihara ketenteraman awam.

Selain itu, aspek-aspek 5 prinsip Rukun Negara yang dibawa, salah satu kunci untuk memastikan keselamatan negara terjamin.

Di samping itu, Pn. Kartika berkata, secara dasarnya dokumen pengisytiharan Rukun Negara tidak meletakkan hukuman sekiranya tidak dipatuhi, kerana ia merupakan peraturan kenegaraan dan tidak mempunyai peraturan khusus.

Walaubagaimanapun, ia masih tetap dipatuhi kerana ia merupakan prinsip ketata-negaraan, dan tiang asas kepada warganegara di negara ini.

Namun, negara mempunyai undang-undang yang seiring dengan prisnip asas 5 perkara, untuk menghukum ketidak-patuhan kepada elemen dan aspek yang terdapat di dalam rukun negara.