Masyarakat majmuk di negara ini perlu ada kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian masyarakat, menerusi amalan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni, yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Pn. Nurzalizah Kartika Abdullah berkata, penghayatan dan penjiwaannya adalah bagi mencapai kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran bersama.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam slot Eksklusif Bersama di Labuan FM.

Katanya, 5 cita-cita Rukun Negara yang mendukung kepada Prinsip Rukun Negara.

Antaranya; mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil, di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Selain itu, ia juga menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, serta mendukung kepada wujudnya satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.