Tindakan peniaga menaikkan harga tanpa mengeluarkan notis adalah menjadi satu kesalahan.  Namun Menurut Penolong Pegawai Penguatkuasaan Unit Kawalan Harga dan Antipencatutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (K-P-D-N-H-E-P) Labuan, En. Jainol Saikung berkata perkara tersebut akan menjadi asas kepada suatu tindakan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya wujud kesalahan mencatut.

          Pihaknya akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada pihak peniaga yang gagal mengemukakan notis menaikan harga barangan sesuka hati.

Beliau berkata demikian dalam Slot Eksklusif Bersama di Labuanfm. Beliau turut menambah, sebarang aduan boleh mengubungi (K-P-D-N-H-E-P) di talian bebas tol 1 – 800 – 886 - 800 atau di portal rasmi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..