Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan menyantuni 5 orang pesara tentera, menerusi program Sinergi Labuan FM “Ziarah Kasih Pesara Tentera”, di sekitar Labuan, pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Pn. Fauziah Mohd. Sidek, program ziarah kasih itu merupakan program di lokasi, yang membawa penyampai-penyampai radio untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Katanya, keprihatinan itu sedikit sebanyak membantu bukan sahaja golongan yang memerlukan, malah memupuk kesedaran orang ramai terhadap sesuatu isu.

Rombongan itu disertai 20 orang warga Labuan FM, bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), dan Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia (PVTLDM) Labuan.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Pengerusi PVATM Labuan, Tn. Hj. Abdul Latif Amdan, dan Yang DiPertua PVTLDM Labuan, Tn. Hj. Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

Sementara itu, penerima turut menzahirkan kesyukuran atas keprihatinan menerusi penganjuran program itu.

Mereka merupakan terdiri daripada bekas tentera yang hilang upaya fizikal, sakit uzur dan mempunyai komplikasi kesihatan.

Antara yang sempat ditemui pemberita RTM, isteri salah seorang penerima sumbangan, Pn. Fadzilah Mohamad.

Dalam program itu, penerima menerima sumbangan bantuan dan  cenderahati, yang disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Pn. Fauziah Mohd. Sidek.