Seorang lelaki tempatan, 33 tahun, disahkan meninggal dunia dalam kenderaan jenis pancuan 4 roda, yang diparkir di tepi Jalan Tanjung Kubong, semalam.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, perkara itu disahkan oleh Pegawai Perubatan, setibanya di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam, kira-kira jam 6.25 minit petang, memaklumkan seorang lelaki didapati tidak sedarkan diri, berada di dalam kenderaan itu.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang dilihat berpakaian sukan dan duduk di kerusi pemandu dengan keadaan enjin masih terpasang, ditemui orang awam yang baru selesai menjalankan aktiviti riadah, di kawasan Bukit Kubong.

Setelah disahkan meninggal, mayat mangsa dibawa ke Hospital Labuan, untuk bedah siasat.

Superintenden Muhamad Farid memaklumkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dan kes diklasifikasikan mati mengejut.