Dalam perkembangan berkaitan, 25 murid daripada 387 calon mencapai keputusan cemerlang 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) Sekolah Rendah Agama di Labuan, manakala 24 murid lain, perolehi keputusan 6A, sekaligus meningkatkan gred purata UPSRA kepada 2.25 berbanding 2.41 pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, 6 orang yang mendapat keputusan 7A itu dianugerahkan Pelajar Terbaik UPSR 2019.

Selain itu, 617 murid daripada 625 jumlah keseluruhannya yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), mencapai keputuan lulus, manakalanya selebihnya tidak hadir peperiksaan tersebut.

Majlis yang diadakan selama 2 hari itu dibahagikan kepada 5 sidang, susulan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menghadkan perhimpunan tidak melebihi 250 orang dalam satu-satu masa.

Sidang pertama disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki Mat Salleh, sidang 2 hingga 4 disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pelajaran JAWI Labuan, Mohd Ghaus Musa, manakala sidang 5 disampaikan oleh Penyelia Guru KAFA JAWI Labuan, Ustazah Rahimah Razali.