Bagi memastikan para peniaga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Pejabat kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) Labuan terus proaktif laksanakan pemeriksaan terhadap pasar awam dan pemeriksaan khas berkaitan, di sekitar bandar Labuan.

Menurut laman rasmi media jabatan itu, pemeriksaan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan bagi memastikan premis perniagaan sentiasa mematuhi SOP serta undang-undang dibawah seliaan jabatan itu.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik dan berbelanja secara berhemah sepanjang PKPP itu dilaksanakan sehingga Disember ini.

Justeru, sebarang aduan atau pertanyaan, boleh hubungan jabatan itu di talian 423 152.