Perbadanan Labuan yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Tn Hj. Rithuan Ismail telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), En. Ramlan Awang Ali, di Kota Kinabalu, Sabah.

Perjumpaan itu membincangkan berkaitan perancangan dan halatuju pembangunan lot tanah tanah yang dimiliki oleh MUIS, di Kampung Saguking.

Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan melaksanakan kajian terhadap kawasan penduduk setinggan di Lot Tanah berkenaan.

Rombongan itu turut disertai Pengarah Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, En. Gilbert Chin Hsing Lin dan Pengarah Perancangan dan kawaan Bangunan, En. Ag. Aizal Awang Anak.