Satu lagi perkhidmatan bot penambang baharu dinikmati warga Labuan bagi laluan Labuan dan Menumbok. Bot milik Syarikat Perdana Ekspress yang berkapasiti 40 penumpang itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, dan dikuasakan 3 unit enjin dengan jumlah 600 kuasa kuda.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, selain faktor keselamatan, perkhidmatan yang menjadi pilihan ramai untuk ke Labuan itu, pasti akan merancakkan ekonomi pelancongan di Labuan.

Bot yang diberi nama Bot Naga Laut bernilai RM300 000 dengan kepanjangan 43 kaki itu turut dilengkapi dengan sistem navigasi dan radio serta peralatan keselamatan. Pada waktu ini bot yang diberi nama Bot Naga Laut itu, hanya beroperasi jam 10 pagi, dari Labuan ke Menumbok.

Sementara itu, rata-rata pengguna perkhidmatan bot penambang dari labuan ke menumbok dan menumbok ke labuan menyambut baik perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu. Antara yang ditemui pemberita, Mohd Ewaan Salleh dan Safwan Mohiddin, yang berasal dari Sipitang, Sabah.