Satu memorandum persefahaman dimeterai Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) membabitkan kerjasama strategik China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCBM) dan China Construction Bank Corporation Labuan Branch (CCBL), bagi membolehkan BPMB peringkat serantau dan membuka jalan untuk sindikasi, perkongsian pengetahuan serta bantuan teknikal.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB Arshad Mohamed Ismail berkata, ia merupakan salah satu teras di bawah pelan strategik BPMB selama tiga tahun untuk 2020-2022 dan dijangka akan memudahkan kerjasama dalam projek kewangan yang strategik di Malaysia.

Ia juga membolehkan perkongsian pengetahuan di kalangan semua pihak terutamanya dalam Projek Penilaian dan Rangka Kerja Penilaian Impak BPMB serta Strategi Hijau CCBL

Majlis pemerteraian MoU ini disaksikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir ialah Pengerusi BPMB Datuk Zaiton Mohd Hassan termasuk Pegawai Utama CCBL Felix Feng Qi.