2 rumah di Labuan menerima bantuan gantian bumbung zink yang rosak susulan ribut petir dan angin kuat yang melanda Jumaat Lalu.

Bantuan disalurkan Jabatan Amal Malaysia Cawangan Labuan dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) cawangan Labuan bertempat di simpang Cikgu Salleh dan simpang Gerai Ikan Kampung Tanjung Aru.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan terdiri dari kelengkapan untuk baik pulih dengan kos merupakan hasil sumbangan orang ramai dan ahli PAS Labuan.

Kerja-kerja baikpulih dilaksana 8-anggota Jabatan Amal Malaysia Labuan serta melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan individu prihatin di sekitar Labuan.

Kutipan sumbangan masih diteruskan dan akan diagihkan untuk bantuan susulan kepada rumah lain yang terjejas akibat ribut.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan En Jenno Jamil di 013 3616129.