Pelbagai inisiatif dianjur Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan selain aduan pelanggan terdiri masyarakat setempat khususnya komuniti nelayan di Labuan.

Terbaharu program Mini Karnival Nelayan dan Hari Bertemu Pelanggan LKIM dilancar pagi tadi bertempat di Jeti Nelayan Kampung Lubok Temiang.

Progam yang bermula seawal 8-pagi tadi turut menganjurkan pelbagai aktiviti, antaranya gerai jualan ikan segar dan produk usahawan LKIM, pameran LKIM, PERKESO serta Pemeriksaan Kesihatan.

Turut dianjur Program Melabuh Unjam bagi membantu memudahkan komuniti dikawasan berkenaan menangkap dan mendaratkan ikan, Pertandingan Memancing Tradisional, Pertandingan Mewarna, Kuiz selain Cabutan Bertuah bagi pengunjung.

Perasmian program disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LKIM, En Azib Yaacob.