Perkembangan COVID-19 Malaysia setakat 5 petang ini. Tiada kematian dicatat menjadikan jumlah kematian kekal 128 kes. Bagaimanapun terdapat 47 kes baharu dengan 45 daripadanya kes tempatan dan 2 lagi merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, Sabah melaporkan kes tertinggi dengan 31 kes termasuk 22 daripadanya Kluster Benteng. Kluster Tawar di Kedah mencatat 13 kes baharu.

Peningkatan kes itu menjadikan jumlah kumulatif adalah 9 ribu 915 kes COVID-19, dengan 591 daripadanya sedang dirawat, 9 kes Unit Kawalan Rapi (ICU) dengan 4 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kementerian bagaimanapun memberitahu, 7 kes sembuh direkod pihaknya menjadikan jumlah sebanyak 9 ribu 196 kes.

Ini menjadikan kadar pulih COVID-19 negara meningkat kepada 92.75 peratus.

Sementara di Labuan, tiada kes baharu positif dicatatkan, kekal zon hijau bebas COVID-19.