Orang ramai diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti kemasukan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada agensi penguatkuasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di media sosial berkata demikian, susulan kemunculan kluster baharu Kluster Laut yang dilaporkan semalam.

Kes dikenalpasti dalam kalangan PATI di Kunak Sabah, yang telah dihantar balik ke negara asal Zamboanga, namun menyelusup masuk kembali ke Sabah melalui jalan tikus.

Melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat, 2-lagi kes positif COVID-19 dikesan melibatkan anak dan jiran kes berkenaan.

Sehubungan itu kerjasama orang ramai adalah penting dalam mengekang pencerobohan haram khusus bagi melandai garis penularan kes dalam negara.

Laporan boleh dibuat menerusi talian hotline National Task Force di 011 6251 1223.