Bermula tengah malam tadi sehingga 18 September ini, harga runcit petrol RON 95 dan RON 97, masing-masing turun 5 sen, manakala diesel turun 6 sen.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga baharu seliter bagi RON 95 adalah 1 ringgit 66 sen, RON 97 (1 ringgit 96 sen), dan diesel (1 ringgit 72 sen).

Harga runcit itu ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan, produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Oleh itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.