Pengukuhan nilai sukarelawan mampu melahirkan barisan sukarelawan yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu membantu masyarakat, yang terlibat secara langsung dengan gejala sosial atau golongan sasar, khususnya komuniti di Labuan.

Oleh itu, seramai 30 orang yang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, dan pelajar Asnaf Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan, sertai Kursus Pengukuhan Sukarelawan.

Menurut Pegawai Penyelarasnya, En. Helmi Bata berkata, penganjuran kursus itu memberikan latihan dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan aktiviti sukarelawan.

Selain itu, membina hubungan yang baik dan membina jaringan kerjasama yang kukuh, dalam kalangan para sukarelawan.

Majlis penutupan kursus itu telah disempurnakan oleh Pengarah JKM Labuan, En. Ansharey Matarsad, bertempat di Dewan Kompleks Darul Kifayah, MAIWP Labuan.