Sementara itu, pembangunan Labuan harus dipercepatkan menerusi penubuhan Majlis Tindakan Pembangunan Labuan (MTPL), agar ia sama-sama maju setanding dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Di bawah 13 CAKNA yang diperkenalkan Kementerian Wilayah Persekutuan, selain Perbadanan Labuan juga melaksanakan penambahan cakna baru, ia sekaligus memperlihatkan kerajaan pada hari ini mengambil perhatian yang serius, dalam memastikan pulau ini mendapat impak yang menyeluruh kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Dr. Santhara Ramanaidu berkata, kementeriannya yang prihatin terhadap warga wilayah, sentiasa mempeduli masalah-masalah rakyat yang dihadapi.

Ia melibatkan pemberian bantuan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), dalam pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.