Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, akan menganjurkan Anugerah Ilham Desa (AID) 2020, yang akan diadakan Oktober ini.

Dalam pada itu, Projek Bubu Ikan Laut Kampung Lubok Temiang, akan mewakili Labuan, antara 6 projek kampung yang tercalon untuk menerima anugerah tersebut.

AID 2020 dianjurkan merupakan persaingan juara antara juara melibatkan pemenang projek kampung AID Peringkat Kebangsaan, bermula tahun 2000 hingga 2015.

5 lagi projek yang tercalon antaranya, Projek pengurusan aktiviti pelancongan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad; projek Peningkatan Ekonomi Kampung, Kampung Long Bedian, Marudi, Sarawak; dan Muzik Tradisi Berasaskan Buluh, Kayu dan Bambu Kampung Sini-sian, Kundasang, Sabah.

Turut terlibat sama, Miso Walai Homestay Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah; dan  Pelancongan Desa Kampung Peruas, Raub, Pahang.