Media tradisional perlu melaksanakan "re-skilling" dan "up-skilling" tenaga kerjanya, dalam meningkatkan kreativiti bagi memperkasa medium itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Suriani Ahmad berkata, ini penting memandangkan landskap media berubah secara drastik, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Perubahan ketara dilihat dari segi klasifikasi pekerjaan, aliran kerja, sistem penjanaan kandungan, respons dan perniagaan.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel pada webinar serantau mengenai wanita menerajui masa depan baharu, anjuran Institut Asia Pasifik bagi Pembangunan Penyiaran, di ibu negara.

Sehubungan itu tambah beliau, komunikasi dan kreativiti mampu meningkatkan pengetahuan yang perlu, untuk mendepani cabaran semasa.