Penjawat awam perlu berganding bahu, untuk terus bekerja dengan lebih komited.

Demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, ketika berkongsi aspirasi dan harapan kepimpinan negara terhadap kakitangan awam, pada Majlis Hi-Tea Bersama Penjawat Awam, di Labuan.

Tambah Tan Sri Mohd. Zuki, para penjawat awam juga diseru mempraktikkan prinsip seperti sanjungan, tangkas, diperkemas, berteknologi, cekap dan berdaya tahan, ataupun FASTER.

Katanya, ia perlu diamalkan dalam bidang kerja masing-masing, demi memulihkan semula ekonomi negara, serta melonjakkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Majlis itu yang diadakan di Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) petang semalam, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, di wilayah ini.

Terdahulu, dalam lawatan kerja 2 hari Tan Sri Mohd. Zuki ke Labuan, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Labuan dan Kuala Lumpur, di Wisma Perbadanan Labuan.

Ia dihadiri semua Ahli Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.

Disamping itu, dalam lawatan itu juga, beliau dan rombongan berkesempatan meninjau pembangunan sekitar Labuan, serta lawatan tapak dan melawat beberapa buah pulau berhampiran.