Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Dr. Santhara Ramanaidu mengadakan lawatan ke beberapa projek pembangunan di Labuan, sempena lawatan rasminya ke wilayah ini.

Lawatan itu membabitkan Projek Pembinaan Jalan Pesisir Pantai dari Membedai ke Tanjung Aru, naik taraf rumah kakitangan Perbadanan Labuan, serta projek naik taraf Taman Burung Labuan.

Menurut kenyataan Perbadanan Labuan, tinjauan dilakukan bagi mengetahui status semasa projek-projek itu dilaksanakan.

Selain itu, pagi tadi, beliau berkesempatan mengadakan lawatan ke rumah-rumah ibadat gereja, kuil dan tokong, di pulau ini.

Manakala pada sebelah petang, Dato’ Sri Dr. Santhara sempat mengadakan lawatan ke Perusahaan Tempatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ikan bilis, di Kg. Bebuloh Laut.