Golongan belia mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam mencorak negara, sejajar dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Justeru, golongan itu diseru agar lebih proaktif dalam program-program kemasyarakatan, selain mempertingkatkan diri dengan kemahiran serta pengetahuan dalam mendepani cabaran digita lisasi global.

Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Pn. Mahanum Fauzi, ketika ditemubual dalam Segmen Eksklusif Bersama, di Labuan FM.

Selain itu, agensi di Labuan perlu memain peranan dalam melahirkan belia produktif, seterusnya secara langsung dapat membantu pertumbuhan pembangunan negara.

Sejajar dengan itu, Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Labuan, dianjur bagi mengikhtirafkan golongan itu, selain menghargai peranan dan sumbangan belia kepada negara.

Menurut Pn. Mahanum, sambutan diadakan malam ini, dengan 3 kategori anugerah disampaikan, iaitu Anugerah Perdana Belia Negara Lelaki, Wanita dan Pertubuhan Belia.