Pemahaman dan penghayatan perlu diperkuat dalam menerapkan prinsip Rukun Negara dalam warga Malaysia, dalam menyatukan rakyatnya yang berbilang kaum.

Selain itu, bertindak sebagai pasak kenegaraan atau falsafah negara, demi mencapai kehidupan sebuah negara yang aman tenteram.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL), Dr. Nordi Achie berkata, sebagai dekri DiRaja, Rukun Negara merupakan deklarasi Yang Di Pertuan Agong yang telah dipro klamasi kan secara bersejarah, pada 31 Ogos 1970.

Ia dilancar setelah tragedi berdarah rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur, pada 13 Mei 1969.

Katanya, ia merupakan satu hikmah yang dilancar selaras dengan Dasar Ekonomi yang konstruktif pertama negara, agar Malaysia keluar dari dasar amalan kolonial.

Oleh itu, tahun 2020 merupakan ulang tahun ke 50 Jubli Emas pengisytiharan Rukun Negara.

Beliau berkata demikian dalam Segmen Ekslusif Bersama, di Labuan FM.