Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) tidak ada cadangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan secara dalam talian.

Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan KKMM.

Ia merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri KKMM, Datuk  Zahidi Zainul Abidin, di Kelantan, pada 8 September lalu.

Menurut kenyataan media itu lagi, KKMM belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-dagang sebanyak 20 sen, bagi pembelian dibawah 1 ribu ringgit, serta tambahan 20 sen bagi gandaan 1 ribu berikutnya