Pelarasan tarif air wajar ditangguhkan terlebih dahulu, bagi mengurangkan impak langsung kepada pengguna dalam tempoh pemulihan pasca pandemik COVID-19.

Selain itu, kerajaan persekutuan memerlukan sokongan supaya kerajaan negeri memberi persetujuan ke atas cadangan semakan tarif di bawah Mekanisme Penetapan Tarif Air (TSM).

Jelas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sokongan tersebut bagi memastikan kedudukan kewangan operator air yang mapan untuk memberikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada rakyat.

Analisis Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan, purata tarif air di Malaysia, iaitu 1 ringgit 39 sen bagi satu meter padu adalah lebih rendah, berbanding purata kos sebenar iaitu 2 ringgit 35 sen bagi satu meter padu yang ditanggung oleh operator air untuk membekalkan air kepada pengguna. 

Beliau berkata demikian, ketika menjawab lisan di Dewan Negara.