Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan, komited dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di wilayah ini.

Untuk itu, MAIWP Labuan telah menyantuni 2-individu yang kurang berkemampuan iaitu keluarga En Sabli Sulaiman dan Muhammad Aqil Adyan Mohamad Abdul Azizan.

Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan, En Mohd Syukur Norfini berkata, kedua-dua penerima tersebut menerima bantuan peralatan kesihatan.

En Sabli – 71-tahun, menetap di Kampung Kilan, menghidap strok (C-V-A), menerima bantuan berupa ‘Ripple Matress’ bernilai 462-ringgit dan pampers – seratus 10-ringgit sebulan selama setahun.

Manakala Muhamad Aqil baru berusia 11-bulan tinggal di Kampung Layang-Layangan, mengalami masalah kesukaran untuk menelan dan ‘Recurrent aspiration pneumonia’, menerima bantuan berupa mesin oksigen bernilai 4-ribu 300-ringgit, untuk mengawal masalah salurang pernafasan.

Justeru, MAIWP berharap dengan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.