Menteri Wilayah Persekutuan, En. Khalid Abdul Samad mengadakan lawatan selama dua hari ke Labuan bermula hari ini. Lawatan beliau dimulai dengan merasmikan penyerahan tajaan gymanasium Wipers Labuan bertempat di Tingkat 4, Labuan Times Square, petang tadi.

Seterusnya beliau meneruskan lawatan ke  projek Jambatan di Kampung Patau-Patau Dua dan Kampung Bebuloh serta Projek Jalan Simen Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan.

Sementara itu, warga Labuan turut berpeluang beramah mesra bersama beliau pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 28 Jun 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan bermula 1.45 petang. Justeru, warga Labuan dialu-alukan datang bagi memeriahkan majlis tersebut.