10-pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina, ditahan pihak Jabatan Imigresen Labuan, dalam Ops Sapu, baru-baru ini.

Menurut Pengarahnya, En. Asani Lad-jani, operasi dijalankan di rumah kongsi, di Kampung Durian Tunjung, kira-kira jam 11.20-minit malam, melibatkan 17-pegawai dan anggota, diketuai Ketua Unit Operasi/Tangkapan, Jabatan Imigresen Labuan, En. Ahmad Ismail A.Sazali.

Katanya, kesemua yang ditangkap terdiri daripada 3 kanak-kanak termasuk bayi 8-bulan, serta 3-lelaki dan 4-wanita, yang berumur sehingga 35-tahun.

Hasil pemeriksaan, mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, dan melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam operasi itu, seramai 25-orang telah diperiksa, membabitkan 9-lelaki, 8-wanita, 6 kanak-kanak lelaki, dan 2 lagi kanak-kanak perempuan.