Lebih 7 000 warga Labuan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah di Dewan Arena Bukit Kuda pada 24 Jun 2019 lepas.

Majlis yang disambut dengan meriah itu adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai di Labuan.

Pengerusi PH Labuan, merangkap Ketua Cabang P-K-R Labuan Simsudin Sidek berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima kemasukan parti itu untuk bergabung dalam P-H.Pakatan Harapan (P-H) mengalu-alukan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (P-P-B-M) untuk bertapak di Labuan. 

Pada masa ini, secara rasminya Labuan mempunyai 3 parti di bawah PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (P-K-R), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Tindakan Rakyat (D-A-P) serta gabungan bersama Parti Warisan Sabah.

Sementara itu, Datuk Rozman berkata, semua parti komponen akan memastikan terus bersatu padu demi rakyat Labuan. Menerusi kunjungan yang dihadiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bukti bahawa rakyat terus yakin dengan kepimpinan yang ada sekarang.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemimpin dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Rumah Terbuka itu yang dipengerusikan oleh En. Chemat Mustapha yang juga selaku Pengerusi Amanah Kawasan Labuan.

Katanya, dengan komponen yang ramai menjadi lebih mudah dan bersama-sama dapat menyumbang tenaga serta menyambut tetamu dan beramah mesra dengan rakyat. Ia sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Parti Warisan Sabah, Bahagian Labuan merangkap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Timbalan Pengerusi D-A-P Labuan, Vincent Koh.