Seramai 12-calon diumum pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Labuan, dengan memperoleh sekurang-kurangnya A, dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, En. Raisin Saidin, pada Majlis Pengumuman Keputusan S-P-M 2019, di Sekolah Menengah St. Anthony, pagi tadi.

Namun, dari segi pencapaian jumlah calon mendapat keputusan cemerlang menunjukkan penurunan 0.31-peratus, iaitu 1.24-peratus tahun lepas, berbanding 1.55-peratus atau 14-orang calon pada tahun 2018.

Sementara Gred Purata Negeri (GPN) pula, meningkat kepada 5.12, berbanding 4.98 pada tahun sebelumnya.

En. Raisin turut memberitahu, daripada 35-mata pelajaran yang diambil calon, 15-daripadanya mencapai kelulusan 100-peratus.

Seramai 979-calon telah menduduki peperiksaan itu, di 10-buah pusat peperiksaan tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 871-calon layak mendapat sijil, berbanding 840-calon pada 2018.

Dalam pada itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi, calon boleh memohon untuk menyemak semula keputusan mereka.

Borang permohonan untuk menyemak semula boleh diperoleh daripada Pengetua Sekolah masing-masing, manakala calon persendirian pula boleh mendapatkannya di Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Labuan.

Tarikh tutup permohonan semak semula, pada 3 April 2020.