Golongan belia terus diperkukuh dengan penglibatan program komuniti yang dianjurkan untuk meningkatkan tahap kendiri serta melahirkan insaniah yang kondusif di kalangan golongan tersebut.

Oleh itu, Kelab Belia Kg. Layang-Layangan (KEBAL) dengan kerjasama Jawatankuasa Masdjid Jamek Layang-Layangan, melakukan gotong royong pembersihan kawasan tanah perkuburan islam tanjung, di kampung berkenaan, PAGI TADI.

Selain itu, antara aktiviti dilakukan; membaik-pulih tangki air, mengecat stor serta membersihkan sekitar jalan masuk ke kawasan tersebut.

Menurut kenyataan KEBAL memaklumkan, pembersihan dilakukan bertujuan bagi membasmi dan menghindari kawasan-kawasan di sekitarnya menjadi tempat pembiakan Aedes.

Di samping itu, ia juga memerlukan perhatian masyarakat dalam menjaga kebersihan dan memerlukan penyelenggaraan berkala dilakukan.