Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum berhubung cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli, bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam akaun 1 dan 2 KWSP, daripada 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

Dalam satu kenyataannya, KWSP memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini, tiada sebarang perbincangan dilakukan dengan mana-mana pihak, berkaitan cadangan tersebut.

Selain itu, pihak KWSP menekankan bahawa ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

Langkah itu selaras memasitkan kepentingan ahli sentiasa dilindungi, dalam melaksanakan mandat KWSP.