Sementara itu, penyelenggaraan kawasan melibatkan berlakunya banjir terutama di Kawasan Kg. Rancha-Rancha Darat, dalam proses pemilihan bagi kerja-kerja ukur kejuruteraan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan, En. Juniaddi Awang Tuah berkata, peruntukkan kerja-kerja selenggara melibatkan kawasan berkenaan telah diluluskan, membabitkan peruntukkan kewangan sebanyak 45 juta ringgit.

Beliau berkata, pemilihan itu mengambil masa antara 3 hingga 4 bulan.

Selain itu, En. Juniaddi turut memaklumkan, jabatannya turut menerima peruntukkan setiap tahun, bagi menyelenggara kawasan-kawasan yang terlibat banjir, di sekitar pulau ini.

Katanya, pada tahun ini, JPS Labuan menerima peruntukkan sebanyak 1.3 juta ringgit, bagi melaksanakan kerja-kerja demikian.