Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Labuan akan mencadangkan pelaksanaan Promosi Kempen kesedaran menjaga kebersihan parit dan longkang  kepada masyarakat, khususnya di Labuan.

Menurut Dr. Fary Akmal, longkang-longkang di kawasan persendirian, seharusnya pemilik kawasan tanah tersebut perlu sentiasa membersihkan dan diambil tindakan.

Justeru, pihak berkenaan tidak sewajarnya mempersalahkan pihak Perbadanan Labuan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan, kerana ia adalah di dalam kawasan milik persendirian.

Namun, kawasan-kawasan umum, pihak PL akan mempertingkatkan pembangunan infra serta mengambil inisiatif mendalamkan kawasan sungai yang terlibat.

Oleh itu, Dr. Fary berharap, penduduk di pulau ini dapat memahami situasi demikian, dan pihaknya cuba berusaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlanjutan itu. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita, di Labuan.