Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menyarankan penggunaan Disinfection Box atau Tunnel di premis perniagaan, bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil penilaian juga mendapati, tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan itu berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19.

Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa model peralatan dari beberapa negara jiran dan model sedia ada di Malaysia, dan mendapati model menggunakan semburan bahan kimia yang berlainan selama 20 hingga 30 saat.

Ini kerana, semburan 20 hingga 30-saat tidak memadai untuk nyah-kuman dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada selaput badan, seperti mata dan mulut.

Pemakluman demikian berikutan terdapat segelintir peniaga yang merancang untuk menyediakan disinfection box kepada pelanggan mereka.

Justeru, sebagai langkah pencegahan jangkitan COVID-19, mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM patut dipraktikan.