10 strategi dan inisiatif pembangunan dan pengurusan industri tuna negara, di dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2020-2030 sedang disediakan, bagi mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, sehingga 2019, sebanyak 17 buah vesel (kapal) penangkapan ikan tuna, dan sebuah vesel carrier telah dilesenkan, dan beroperasi di Lautan Hindi dengan hasil tangkapan lebih 2 ribu 700 tan metrik, dengan nilai anggaran 35 juta ringgit. 

Menurut beliau, industri tuna di negara ini terbahagi kepada dua, iaitu Tuna Osea-nik yang boleh didapati di lautan antarabangsa atau Sabah dan Labuan, manakala Tuna Ne-ritik adalah spesis bersaiz kecil yang ditangkap dalam negara di kawasan zon ekonomi ekslusif (ZEE).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media, selepas program promosi produk tuna kepada petugas barisan hadapan COVID-19, di ibu negara.