Penduduk Labuan disaran mematuhi dan sentiasa menyokong pelaksanaan program pencegahan ke arah menjadikan pulau ini, bebas daripada COVID-19. Justeru, Jabatan Kesihatan Labuan mengariskan 4 tonggak utama, bagi mencapai perkara tersebut.

Antaranya; kawalan sempadan di mana saringan kesihatan akan dijalankan disetiap pintu masuk ke Labuan, sama ada melalui udara ataupun laut. Ia bagi mengesan awal, sekiranya terdapat individu yang postif agar jangkitan dapat diputuskan dan dicegah penularannya.

Sementara itu, kawalan pergerakan juga akan dititikberatkan, iaitu pemantauan kemasukan individu ke dalam premis perniagaan, melalui aplikasi My-Sejahtera.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari, pelaksanaan penjarakan sosial 1 meter dan amalam 3 W harus ditingkatkan, selain perlindungan diri bagi setiap individu, seperti pemakaian pelitup separuh muka, dan kerap mencuci tangan.  

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sesi taklimat, mengenai keadaan semasa serta pelaksanaan pengawalan pandemik COVID-19, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, Dr. Ismuni berkata, peranan media juga amat penting dalam memberi kefahaman, serta menyebarluas informasi dan program pengawalan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Labuan. Ia melalui media massa, serta pendekatan melalui media sosial yang ternyata dekat dengan masyarakat dan mudah diterima, khusunya generasi muda.

Dalam pada itu, Dr. Ismuni berkata, semua pihak juga harus memainkan peranan penting masing-masing, termasuk pemimpin tempatan, perlu memimpin masyarakat ke arah pembudayaan Norma Baharu dalam kehidupan.

Disamping itu, agensi kerajaan, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), juga berperanan mendidik masyarakat, khususnya komuniti setempat dalam memahami dan menerima Norma Baharu kehidupan seharian, pada masa akan datang.